Thursday, February 22, 2018

KERABU TELUR BELANGKAS


BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.

KERABU TELUR BELANGKAS


BAHAN BAHAN
1 ekor belangkas keluarkan telur dan isi
2 biji tomato | dipotong
1 biji timun | dihiris nipis
1 cawan hirisan batang saderi
5 biji cili padi | dihiris nipis
2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan atau sotong
Sedikita hirisan daun ketumbar
Gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Celur telur belangkas dan isi seketika dan toskan.

Dalam sebuah mangkuk besar, satukan sayuran dan telur belangkas.

Masukkan sos ikan, gula dan perahan jus limau nipis. Boleh ditambah kuantiti sos ikan, gula atau jus limau agar seimbang rasa masin, masam dan manisnya.

Gaul hingga rata dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment