Saturday, February 24, 2018

NONSOM

Bosou atau juga dikenali sebagai nonsom atau nama lain dipanggil sambaat, kinaraatan,gagau dan tinamba(ranau) merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun-murut (KDM), Sabah, sebagai pembangkit selera. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau jeruk. Antara bahan utama bosou ialah biji kepayang (bahasa Malaysia), pang (bahasa Dusun) ataupun keluak (bahasa Indonesia).

Noonsom merupakan salah satu makanan tradisional penduduk negeri Sabah. Ia merupakan makanan tradisi suku kaum Kadazan-Dusun.

NOONSOM

Noonsom merupakan makanan tradisi dan merupakan hidangan istimewa bagi bagi suku kaum Kadazan-Dusun. Noonsom adalah sejenis makanan yang berupa jeruk. Noonsom biasanya ada tiga jenis iaitu Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (Buah) dan Noonsom Tuhau (Tumbuhan).

Noonsom Sada (Ikan) biasanya menggunakan ikan air tawar telah yang dibersihkan dan dijeruk bersama buah pangi, nasi dan garam. Bahan-bahan ini akan dimasukkan ke dalam bekas dan dibiarkan (dijeruk) selama lebih kurang 1 minggu hingga 2 minggu sebelum dihidang.

Noonsom Bambangan (Buah) pula biasanya menggunakan isi buah bambangan yang dihiris kemudian dicampurkan bersama biji buah bambangan yang diparut dan diletakkan sedikit garam. Noonsom Bambangan biasanya dijeruk dalam bekas atau botol selama lebih kurang 1 minggu sebelum dihidang.

Bagi Noomsom Tuhau pula, ia menggunakan isi pokok tuhau iaitu sejenis tumbuhan yang dihiris halus dan dijeruk bersama cuka, garam dan cili merah. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas dan dibiar beberapa minit sebelum dihidang.

No comments:

Post a Comment