Thursday, February 22, 2018

BELANGKAS MASAK SAMBAL


BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.


BELANGKAS MASAK SAMBAL



BAHAN BAHAN
Telur belangkas dari 1 Ekor Belangkas
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
1 bawang besar - potong bulat
1 batang serai - diketuk
sedikit air (optional)
garam secukup rasa
minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat.
Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.

Akhir sekali, masukkan telur Belangkas. Gaul sebati. Padamkan api.

No comments:

Post a Comment