Sunday, August 13, 2017

IKAN TONGKOL MASAK BALADO

IKAN TONGKOL ATAU AYA
Ikan aya atau tongkol kerai, Katsuwonus pelamis, ialah ikan perciform sederhana dalam famili tuna, Scombridae. Ia juga dikenali sebagai aku, bonito artik, mushmouth, oceanic bonito, tuna berjalur, atau ikan victor. Ia membesar sehingga 1 m (3 kaki). Ia adalah ikan pelagik kosmopolitan dijumpai di perairan tropika dan panas-sederhana. Ia adalah spesies yang sangat penting untuk perikanan.

IKAN TONGKOL MASAK BALADO


Ikan tongkol Masak Balado

Masakan Balado atau berlada merupakan salah satu masakan terkenal Indonesia terutama mereka yang gemarkan masakan padang yang pedas. Lagi pedas lagi terangkat. Sangat mudah untuk menyediakan menu ini. Paling penting adalah sambal yang akan disediakan. Berikut saya kongsi resepi ikan Tongkol berlado.

Bahan-bahan

o   Ikan tongkol berat ½ kg potong ikut suka.
o   2 biji terung unggu
o   1 biji telur
o   4 biji lada Merah
o   7 Biji lada merah krinting @ Kering
o   1 biji tomato
o   1 lembar daun salam
o   2 cm lengkuas
o   Garam, pnyedap rasa & air scukupnya
o   Minyak masak scukupnya

Cara Masak

o   Goreng ikan tongkol, terung unggu & telur di dadar

o  Tumbuk bahan bahan tadi hingga lumat kecuali lengkuas dan daun salam

o   Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah ditumbuk halus tadi , lengkuas dan daun Salam.

o Setelah bahan yang ditumis tadi harum bolehlah masukan ikan tongkol, terung, telur, air, garam, bahan perasa.

Masak dan sedia untuk dihidangkan. Sedap…

PANGEK MASIN @ GULAI IKAN TONGKOL PADANG

IKAN TONGKOL ATAU AYA
Ikan aya atau tongkol kerai, Katsuwonus pelamis, ialah ikan perciform sederhana dalam famili tuna, Scombridae. Ia juga dikenali sebagai aku, bonito artik, mushmouth, oceanic bonito, tuna berjalur, atau ikan victor. Ia membesar sehingga 1 m (3 kaki). Ia adalah ikan pelagik kosmopolitan dijumpai di perairan tropika dan panas-sederhana. Ia adalah spesies yang sangat penting untuk perikanan.

PANGEK MASIN @ GULAI IKAN TONGKOL PADANG

Gambar hiasan

Pangek Masin @ Gulai Ikan tongkol padang

Pangek Masin merupakan salah satu resepi terkenal padang dan merupakan menu wajib di cuba oleh anda penggemar makanan berasaskan ikan. Bahan yang diguna amat muda dan senang disediakan. Berikut saya kongsikan resepi untuk anda. Selamat Mencuba:-


Bahan:




o   1 kg ikan tongko berat ½ kg.  potong sesuai selera
o   6 buah bawang merah, iris nipis
o   4 ulas bawang putih, iris nipis
o   700 ml santan pekat
o   10 buah cili padi. Nak tumbuk halus boleh nak potong pun boleh.
o   5 biji limau nipis. Perah jusnya shj
o   4 lembar daun limau purut
o   2 buah tomato dan di hiris
o   2 buah asam keping
o   1 ikat daun kemangi @ bawing. Di indon namanya daun ruku ruku
o   4 lembar daun salam
o   2 batang serai, tumbuk
o   2 lembar daun kunyit, ikat simpul
o   5 sudu makan minyak goreng
o   Garam secukupnya

Bumbu Halus:

o   9 ulas bawang merah
o   6 ulas bawang putih
o   10 buah cili Merah
o   4 butir buah keras
o   5 cm kunyit
o   3 cm Halia
o   1 sendok teh lada putih
o   2 sudu teh garam
o   Gula sedikit

PROSES PENYEDIAAN
Cuci bersih ikan tongkol yang akan dimasak dan potong ikut saiz yang anda suka.

Panaskan minyak sampai mendidih lalu tumis kedalamnya masukan bahan tumisan hingga keluar bau.

Setelah itu, masukkan santan ke dalamnya masak hingga semuanya mendidih. Sambil diulih pelahan lahan agar santannya tidak pecah.

Kemudian setelah mendidih, masukkan ikan tongkol serta asam keeping  kedalamnya. Masak sampai santan benar-benar kental dan daging ikannya empuk. Kemudian masukkan irisan tomato yang telah diiris tadi setelah tomato layu dan semuanya sudah benar-benar masak baru angkat dan siap untuk dihidang.


Makan bersama nasi panas panas. Selamat Menjamu Selera

IKAN SIAKAP MASAK SAMBAL MERAH

 IKAN SIAKAP
Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer.

Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.

    IKAN SIAKAP MASAK SAMBAL MERAH                                                    



Cara Memasak Ikan Siakap Sambal  Merah – Bumbu Merah

Resepi ikan siakap Bumbu Merah merupakan resepi dari Indonesia dan merupakan masakan menggunakan ikan siakap atau apa jenis ikan pun boleh yang penting isi elok dan jenis lembut. Selain ikan siakap, ikan merah, ikan jenahak dan ikan garut garut pun boleh digunakan.

Masakan ini agak pedas tetapi sesuai bagi mereka yang sukakan makanan pedas. Kita kongis bersama resepi ini semoga bermanfaat bagi penggemar ikan.


Cara Memasak Ikan Siakap Bumbu Merah atau kuah merah


BAHAN-BAHAN
o   Ikan Siakap seekor berat dalam ½ kg atau 1kg.
o   Serai 1 batang
o   Daun salam sebanyak 1 lembar
o   Asam jawa secukup rasa
o   Daun kemangi sebanyak 1 tangkai
o   Daun pisang secukupnya (untuk pembungkus)
o   Garam secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS
o   Bawang putih
o   Cili merah merah sebanyak 100 gram
o   Bawang merah secukupnya – cadangan 10 biji
o   Gula pasir sebanyak 1 sudu
o   Buah keras atau kemiri – 7 biji
o   Tomato merah sebanyak 2 biji

PROSES PENYEDIAAN
o   Buang sisik ikan kemudian cuci sampai bersih.

o   Masukan sedikit garam dan asam dalam perut ikan dan perap selama 30 miit sebelum ikan dimasak.

o   Campurkan semua bahan tadi , tambahkan serai, daun salam dan juga daun kemangi beserta garam secukupnya siapkan daun pisang untuk membungkus.

o   Sapu atau balut ikan dengan bahan bahan, setelah itu bungkus dengan daun pisang (memanjang), semat kedua ujungnya menggunakan batang lidi lalu kukus sampai masak.

o   Setelah dikukus, boleh dipanggang sebentar agar daunnya mengering dan sajikan selagi masih panas.



SOTONG MASAK MASAK MANIS

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN-BAHAN
  • 500 gram Sotong Segar
  • 1 susu air Limau Nipis
  • 3 sdm minyak untuk menumis
  • 2 batang serai

BAHAN DIHIRIS
  • 1 Bawang bombay
  • 1 sdm cili  merah giling
  • 10 bawang merah
  • 1/2 halia
  • 2 bh bawang putih
  • 1 bh tomato
  • sos cili
  • kicap secukupnya

 PROSES MASAK
  •  Bersihkan sotong dan potong secara  bulat .
  • Lumuri Sotong  dengan air limau nipis perap dalam tempoh 10 -15 minit. Bersihkan dengan air semula untuk buang sisa limau
  • Panaskan minyak tumis semua bahan bahan yang diiris tambahkan serai ,masukkan sotong .tambah sas , garam, kicap  secukupnya


RESEPI PANGEK IKAN

Ikan tenggiri merupakan spisis makerel dan tidak bersisik. Mempunyai munjung panjang dan sejenis ikan yang panjang. Ikan tenggiri mempunyai banyak khaisat seperti boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. Kandungan Vitamin A, B1 dan C menjadikan ikan sepsis ini pilihan utam utuk banyak masakan berasaskan ikan.

RESIPI PANGEK IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN
750 gram ikan tenggiri, potong setebal 1 cm
2 sdm air limau nipis
garam secukupnya
5 helai daun salam
2 ruas ibu jari lengkuas, dihiris nipis
3 buah cili merah besar, buang bijinya, potong-potong
1 lembar daun kunyit, potong-potong
2 batang daun kemangi, petik daunnya
1 batang serai , dihiris tepi
2 buah tomato, buang bijinya, potong-potong
750 ml santan dari 1 biji buah kelapa

BAHAN SAMBAL
12 butir bawang merah
5 ulas bawang putih
5 butir kemiri sangria
1 ruas ibu jari halia, blender
1 ruas ibu ijari kunyit bakar
garam secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Cuci bersih ikan, kemudian lumuri dengan air limau nipis dan garam secukupnya. Perap ikan sebentar hingga meresap.

Campur bumbu halus dengan santan dan semua bahan lain kecuali daun salam dan lengkuas.

Siapkan kuali atau periuk (sebaiknya gunakan anti lengket), alasi dengan daun salam dan hirisan lengkuas.

Letakan ikan, kemudian masukkan campuran rempah, dan masak diatas api sehingga mendidih.

Kecilkan apinya, teruskan memasaknya hingga ikan dan semua bahan lain masak dan santan keluar minyak (tidak perlu dibalik-balik).






Thursday, August 10, 2017

KELUPIS BRUNEI SABAH

KELUPIS
Kelupis atau kolupis adalah makanan alah alah ketupat yang menggunakan nasi pulut dan proses pemilihan bahan hamper sama dengan penyedian lemang atau ketupat atau ketupat palas. Cuma acara masak sahaja berlainan.

Kelupis selalu dibuat untuk majlis majlis keramaian iaitu Majlis perkahwinan, majlis bercukur rambut, Hari Raya dan lain lain majlis sambutan. Kolupis biasanya dibuat oleh suku kaum Brunei, kadayan dan bisaya di daerah Papar, Beufort, Kuala Penyu, Sipitanm, Menumbok dan beberapa kawasan lain yang mempunyai komuniti etnik yang saya sebut tadi. 

Bentuk Kolupis hamper sama dengan pulut panggang Cuma, kolupis selalunya tiada berinti, Cuma nasi pulut kosong dan cara masak pula adalah dikukus menggunakan periuk kukus.

KELUPIS BRUNEI SABAH

Bahan bahan yang biasa digunakan untuk membuat kolupis adalah seperti berikut : 
1. alat pengukusan
2. kuali/periuk
3. blender
3. Daun pisang
4. penyemat (lidi tajam yg dipotong pendek2)
5. santan kelapa
6. daun pandan wangi
7. beras pulut
8. garam dan gula

Bahan-bahan:
300 gm beras pulut - Basuh dan toskan
 300 gm santan - tdk terlalu pekat dan tdk terlalu cair
Daun pandan wangi- 2 helai
  garam - secukup rasa
 Daun nyirik - secukupnya



Cara Masak
Mula-mula masukkan santan dan daun pandan dalam kuali sampai sebati dan uli secara perlahan lahan  menggunakan api yang perlahan.

Biar sampai mendidih dan pecah minyak. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam. Gaul hingga separuh masak dan santan kering.

Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun Pisang. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus sehingga kelupis masak.

Kelupis boleh tahan sampai 2-3 hari yang penting simpan dengan elok atau letak dalam peti sejuk. Kalau nak makan panaskan sahaja.

Sedap dimakan dengan Rendang daging atau ayam atau makan dngan kari pun sedap. Saya paling suka makan dengan rending lokan.


Wednesday, August 09, 2017

SAMBAL IKAN KERISI

IKAN KERISI
Ikan kerisi merupakan salah satu ikan kegemaran saya dan wajib beli. Ikan kerisi boleh dimasak pelbagai jenis resepi. Isinya sedap dan agak kenyal. Saya paling suka di bakar atau digoreng begitu sahaja.Letak siki kunyit dan terus goreng.

Ikan kerisi sebenarnya ada pelbagai jenis.  Kerisi Bali adalah sepsis ikan kerisi yang paling besar dan menghuni dasar laut dalam.

Sambal ikan kerisi cili padi merupakan salah satu resepi yang saya suka buat dan sedap. Ikan lain sebenarnya boleh guna, tetapi saya lebih suka menggunakan ikan kerisi. Penyediaan resepi ini adalah sangat mudah dan ringkas. Bahan yang digunakan pun hanya sedikit sahaja dan banyak menggunakan bahan asas masakan.

SAMBAL IKAN KERISI 
BAHAN-BAHAN
4 Beberapa  ekor ikan kerisi
7 biji cili merah dan
 cili api/padi mengikut kepedasan yang diinginkan.
 2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit belacan mengikut citarasa.
Semangkuk air asam jawa bersama biji.
Sedikit garam mengikut rasa.
3 sudu besar gula.
Sedikit minyak masak menumis.
 Tomato


PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan kerisi dahulu sehingga masak kekuningan.

Campurkan semua bahan bumbu diatas, ditumbuk, kecuali ikan dan minyak,bahan tersebut hingga sebati.

 Panaskan sedikit minyak masak.

Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehinggan naik minyak.

Masukkan ikan kedalam kuali dan balikkan supaya bahan tumisan tersebut sebati bersama ikan.

Kemudian hidangkan kedalam pinggan yang cantik.