Monday, December 04, 2017

RESEPI TUMIS LABU KUNING

Labu manis atau skuasy musim sejuk atau labu musim sejuk adalah buah tahunan yang tumbuh musim panas yang mewakili beberapa spesies skuasy dalam genus Cucurbita. Ia berbeza daripada labu musim panas kerana ia dituai dan dimakan pada peringkat buah matang, apabila benih dalam telah matang sepenuhnya dan kulitnya telah menjadi kulit keras. Pada peringkat ini, kebanyakan jenis buah-buahan ini boleh disimpan untuk digunakan semasa musim sejuk. Ia biasanya dimasak sebelum makan

RESEPI TUMIS LABU KUNING
BAHAN BAHAN
1 mangkuk labu kuning - potong dadu
1/2 genggam ikan bilis
3 biji bawang merah
seulas bawang putih
3 biji lada merah - dihiris
sedikit belacan
garam, gula dan perasa secukupnya
sedikit air
sedikit minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis agak lumat ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama belacan. Masukkan cili merah yang telah dihiris tadi. Kacau hingga pecah minyak.

Tambahkan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi. Masukkan labu kuning dan sedikit air. Kacau dan tutup kuali seketika.

Bila labu kuning empuk bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment