Tuesday, February 27, 2018

DAGING LANDAK MASAK KICAP


LANDAK
Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.

Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.

Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.

Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

DAGING LANDAK MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN
500 gram atau 1 ekor landak
1/2 cawan pati santan
3 batang serai dititik
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
gula secukup rasa
kicap masin secukupnya
sedikit kicap pekat
air asam jawa untuk mengisar

BAHAN KISAR
13 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 sudu teh jintan kasar
1/2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh tinggi ketumbar
1 inci halia dikisar

PROSES MASAK
Panaskan minyak. Tumiskan rempah 4 sekawan, bahan-bahan kisar dan serai yang dititik hingga pecah minyak.

Masukkan gula, kicap masin dan kicap pekat secukupnya. Masukkan daging landak dan kacau sebati. Tambahkan sedikit air supaya daging cepat empuk.

Bila daging mulai empuk dan mesra dengan bahan-bahan tumisannya tadi tambahkan santan pekat. Kacau lagi.

Biarkan di atas api hingga daging benar-benar empuk dan mesra serta kuah menjadi pekat.


No comments:

Post a Comment