Sunday, February 25, 2018

LINOPOD

LINOPOD
Linongot ialah jenis bungkusan daun (biasanya irik atau daun tarap) yang diisi dengan gabungan nasi dan sayur-sayuran akar seperti keledek dan keladi. Nama alternatif yang dikenali oleh masyarakat Kadazan-Dusun di daerah lain termasuk linopod dan sinamazan

LINOPOD


Linapod atau juga disebut Linopot merupakan salah satu makanan tradisi bagi suku kaum Dusun dan merupakan makanan tradisi turun temurun sehingga ke hari ini.

Linapod dalam Bahasa kadazan membawa maksud 'dibungkus ketat' yang mana Linapod merupakan makanan berupa nasi yang dibungkus ketat dengan menggunakan daun terap atau doringin.

Linapod biasanya dibuat dengan menggunakan nasi putih yang dibungkus bersama-sama bahan lain seperti keladi atau goul, labu manis dan ubi kayu.

Selain itu ia juga boleh dimakan bersama sayur tumis dan ikan kering agar dapat menambahkan lagi perisanya.


Penggunaan daun terap atau doringin untuk membungkus Linapod akan menyebabkan nasi yang dibungkus bersama bahan-bahan lain tadi mengeluarkan bau harum yang semulajadi.

No comments:

Post a Comment