DAGING
Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri
pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu,
kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan
manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri
daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil
haiwan maging atau karnivor.
RESEPI PARU MASAK BERLADA
BAHAN-BAHAN
500 gram Paru
7 Biji Lada merah Bawang besar = 1 biji (yang sederhana)
3 ulas Bawang putih
1 batang Serai di titik
1 Suduh teh Serbuk kunyit
Garam & gula = secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Rebus
paru sehingga lembut (Nak tau lembut atau tidak, cucuk paru guna garfu)
Paru
dipotong mengikut saiz kesukaan masing-masing.
Gaulkan
paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit.
Kemudian
digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.
Kisar
bawang besar, cili merah dan bawang putih. Jangan terlalu halus.
Panaskan
minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai.
Biarkan
naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah
bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi.
Gaul
paru dan bahan ditumis sehingga sebati.
Sedia
untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.
No comments:
Post a Comment