KELUPIS
uih Kelupis merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat
popular dikalangan masyarakat Bugis, Melayu-Brunei dan Bisaya di Sabah.
Kuih Kelupis merupakan antara
makanan kegemaran penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei. Kuih ini biasanya
dihidang ketika majlis perkahwinan dan juga ketika hari raya.
Kuih Kelupis lebih menyelerakan dimakan ketika ianya masih panas dan di
makan bersama lauk seperti kari ayam, kari daging, rendang dan lain-lain lagi.
Antara bahan-bahan untuk membuat kuih Kelupis ini adalah :
01. Beras Pulut
02. Santan
03. Daun Pisang
Biasanya penyediaan Kuih Kelupis ini adalah dengan memasak beras pulut
yang telah dicampurkan bersama santan. Setelah masak beras tersebut akan
dibungkus menggunakan daun pisang dan akan direbus sekali lagi menggunakan
santan.
RESEPI KELUPIS
BAHAN-BAHAN
1. alat pengukusan
2. kuali/periuk
3. blender
3. daun nyirik/daun pisang
4.penyemat (lidi tajam yg
dipotong pendek2)
5. santan kelapa fresh
6. daun pandan
7. beras pulut
8. garam dan gula
PROSES PENYEDIAAN
Mula-mula masukkan santan dan
daun pandan dalam kuali, guna api perlahan. Biar sampai mendidih dan pecah
minyak.
Bila minyak timbul sikit
dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam.
Gaul hingga separuh masak dan
santan kering. Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun nyiri.
Selepas habis membungkus, boleh
lah dikukus sehingga kelupis masak...
No comments:
Post a Comment