Tuesday, February 27, 2018

PARU MASAK LEMAK CILI API


DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

PARU MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN
400gm Paru - rebus dan hiris
8 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
1 asam keping
Garam secukupnya
1 kotak santan kotak

PROSES PENYEDIAAN
Paru direbus dalam 30 - 40  minit sehingga empuk. Angkat tos dan sejukkan sebelum dihiris.

Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat. Masukkan bahan tumbuk, serai dan daun kunyit ke dalam kuali bersama paru dan dikacau rata atas dapur. Tuangkan sedikit air.

Bila air mendidih, masukkan santan. Kacau rata. Masukkan garam dan asam keping. Kacau sehingga masak dan sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dari dapur dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment