Sunday, February 25, 2018

KAPURUNG


Kapurung merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Bugis di Sabah.


KAPURUNG


Kapurung adalah makanan tradisional bagi suku kaum Bugis dan sangat popular di kalangan masyarakat di sebelah Pantai Timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau.
Kapurung mempunyai bentuk yang hampir sama dengan makanan kaum Melayu-Brunei di Sabah iaitu Ambuyat yang menggunakan kanji sebagai hidangannya. Namun apa yang membezakannya adalah Ambuyat biasanya dihidang berasingan dengan bahan lain tetapi Kapurung dihidangkan terus bersama-sama bahan yang lain.
Pada kebiasaannya Kapurung akan dihidang ketika sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti ketika cuti hujung minggu dan untuk lebih membuka selera Kapurung akan dihidangkan bersama sambal belacan dan limau nipis agar dapat menambahkan lagi rasanya.
Antara bahan yang biasa digunakan untuk membuat Kapurung adalah seperti berikut :
01. Tepung kamji / ubi
02. Sayur
03. Ikan bilis / sardin 

No comments:

Post a Comment