Tuesday, February 27, 2018

TELUR MASAK LEMAK CILI API


MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang masakan.

TELUR MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN

5 Biji Telur Ayam
cili padi
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
santan secukupnya (kotak pun boleh)

PROSES PENYEDIAAN
Rebus telur terlebih dahulu. Masak boleh la kupas.

Kisar cili padi, bawang merah, bawang putih dan tumis semua

agak2 bau da sedap..cili da masak, masok kan serai lepas tu masok kan santan pekat yg dah di campur dengan air

masukkan sedikit serbuk kunyit nak bagi kuah color kuning  kuah da kuning2 letak sedikit garam

bila kuah da masak..baru masukkan telur

Siap dan hidang

No comments:

Post a Comment