Tuesday, February 27, 2018

RESEPI PARU MASAK SAMBAL


DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

RESEPI PARU MASAK SAMBAL

BAHAN-BAHAN
500gram Paru atau Kelempung (yang telah direbus & dipotong ikut size sederhana nipis)
3 ulas bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji bawang besar (1 biji utk kisar & 1 biji dipotong bulat)
2 senduk nasi cili boh / cili kisar
3 sudu besar air asam jawa
1 inci belacan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit kunyit

PROSES PENYEDIAAN
Gaulkan sedikit garam dan kunyit pada paru yg telah direbus dan dipotong nipis. Panaskan minyak dan goreng paru separa masak. Angkat dan ketepikan

Kisarkan cili boh bersama bawang besar dan belacan hingga halus.
Panaskan kuali & minyak dengan api sederhana.

Tumiskan bawang putih & bawang merah hingga naik bau. Tambahkan bahan kisar, garam & gula. Tumis hingga cili garing.
Kemudian masukkan air asam jawa. Rasa jika kurang boleh tambahkan garam / gula.

Akhir sekali masukkan paru & bawang besar potong bulat. Kacau hingga sebati semuanya.

Padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas.

No comments:

Post a Comment