KUIH JALA
Kuih Jala merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat
popular terutamanya di sebelah Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu
dan Tawau.
Kuih Jala merupakan kuih yang biasanya dihidang ketika hari-hari
perayaan seperti Hari Raya atau ketika majlis-majlis tertentu termasuk kenduri.
Kuih Jala Sabah ini sangat popular di Pantai Timur Sabah seperti Lahad Datu,
Sandakan dan Tawau.
Kuih Jala Sabah dibuat dengan menggunakan peralatan atau acuan yang
boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan kayu dan diikat dengan tin
yang telah dilubangkan di bahagian bawahnya.
Antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat Kuih Jala adalah
seperti berikut :
RESEPI KUIH JALA SABAH
BAHAN BAHAN
01. Tepung Beras
02. Gula
03. Minyak Masak
04. Air
PROSES PENYEDIAAN
Ayak tepuk dan gaulkannya bersama gula
Masukkan air dan kacau hingga sebati
Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan jala
Kiraikan adunan kedalam kuali berisi minyak panas
Gerakkan acuan sambil diketuk ikut arah jam atau sebaliknya
Masak sehingga kekuningan
Angkat dan lipat dengan segera.
Lovely kuih! I would like to try make it. Please state the weight of ingredients in gram. Thank you.
ReplyDelete