Sunday, February 25, 2018

RESEPI SINAMU MANGGA


 Sinamu merupakan salah satu makanan tradisi suku kaum Rungus di Sabah. Pada zaman dahulu kala, penduduk suku kaum Rungus hidup dalam keluarga yang besar yang mana semua penduduknya tinggal dalam satu rumah panjang yang memuatkan 50 buah keluarga.

Sinamu inilah makanan yang sering dikongsi bersama dan ianya juga merupakan makanan pembuka selera. Sinamu ini boleh diperbuat daripada buah mangga, buah betik, buah nangka, bambangan (sejenis buah mangga) dan longgom (juga sejenis buah mangga) yang masih mengkal, belum masak sepenuhnya.

Buah yang masih mengkal ini boleh terus dijeruk kecuali buah nangka kerana buahnya agak keras untuk terus dimakan, jadi cara untuk menjeruk nangka ini supaya lembut sewaktu dimakan adalah merendamkannya dahulu dalam air panas ataupun separuh masak dalam belanga.untuk mengelakan cepat rosak atau basi garam dalam kuantiti yang banyak digunakn agar boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.

Antara buah-buahan yang biasa digunakan untuk membuat Sinarmu adalah seperti berikut :

01. Buah Mangga
02. Buah Betik
03. Buah Nangka
04. Buah Bambangan atau Longgom

Bahan yang lain biasa diguna sebagai bahan tambahan adalah seperti lengkuas dan garam yang digunakan untuk memberi lebih perisa.

Biasanya buah yang telah hiris dan dicampurkan dengan lengkuas dan garam akan di jeruk untuk tempoh beberapa minggu sebelum dihidangkan.

RESEPI SINAMU MANGGA

BAHAN BAHAN
5 biji buah mangga (dipotong sederhana)
10 ulas lengkuas (ditumbuk lumat)
1kg Garam
(2 mangkuk ikan kecil seperti ikan bilis mentah - Jikalau suka untuk menambah ikan)


PROSES PENYEDIAAN

1. Buah mangga ini direndam dalam air panas atau masak separuh. Setelah itu, angkat buang air dan toskan air agar kering tanpa air.

2. Masukkan buah mangga ini ke dalam tempayan atau apa-apapun bekas yang kedap. Kemudian masukkan lengkuas yang ditumbuk lumat dan akhirnya garam. Tutup rapat mulut tempayan tersebut.

3. Simpan ditempat yang selamat lebih kurang 1 bulan barulah sinamu ini sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment