Sunday, February 25, 2018

MENTARANG MASAK HALIA


Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang (Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah "Pholas orientalis"

Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut. Ia juga dianggap sebagai memiliki sifat perangsang seks.
BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kilo mentarang
  • 1 biji bwg besar - dihiris bulat2
  • 4 ulas bwg putih- dihiris nipis2
  • 2 inci halia - dihiris memanjang
  • 10 biji cili padi- dibelah memanjang
  • 1 biji cili besar - dihiris
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar taucu
  • daun ketumbar-dipotong pjg2
  • garam secukup rasa
  • Sedikit minyak utk menggoreng

PROSES PENYEDIAAN
  • mentarang direndam dlm air selama 1/2 jam utk membuang tanah yg ada didlmnya.Bersih dan toskan.
  • Goreng mentarang tanpa minyak seketika dan tutup kuali sebentar.Setelah mentarang sudah masak,masukkan ke dlm mangkuk dan biarka sekejap sementara kita masak bhn2 yg lain.
  • Masukkan minyak masak ke dlm kuali dan goreng bwg besar,bwg putih dan halia.Apbila terbit bau,masukkan cili padi dan cili besar.
  • Slps itu masukkan sos plum,sos tiram dan taucu.Kacau rata.
  • Masukkan mentarang yg telah digoreng tadi bersama2 air yg keluar dr lala.Kacau rata.
  • Masukkan sedikit garam jika perlu.Sblm bubuh garam,rasa terlebih dulu sbb kadang2 rasa masin memang sedia ada disebbkan taucu tadi.
  • Sblm padamkan api ,masukkan daun ketumbar yg telah dipotong.Dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment