Daging kambing merupakan daging yang diperoleh daripada kambing bela
jinak (Capra aegagrus hircus).
Setakat 2010 daging kambing dimakan oleh lebih daripada 10% populasi
dunia, iaitu 6% daripada penggunaan daging merah sedunia. Ia merupakan makanan
ruji di Afrika, Asia dan Amerika Selatan/Tengah, dan juga makanan istimewa
dalam masakan Eropah.
RESEPI RENDANG DAGING KAMBING
BAHAN-BAHAN
1/2 kg daging kambing - dipotong kecil
1 keping asam gelugur
Sedikit belacan
2 sudu besar cili giling
1 sudu kecil kerisik
Kulit kayu manis
1 biji Bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1cawan santan pekat
1 helai daun kunyit -dipotong halus
6 helai daun limau purut
2 batang serai
BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm lengkuas
3cm halia
2 batang serai
2cm kunyit hidup
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan
sedikit minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih serta bunga lawang.
Kemudian
masukkan cili giling biarkan sampai pecah minyak.
Masukkan
bahan kisar kacau dan biarkan sekejap baru la masukkan daging kambing, belacan
dan asam gelugur.
Masak
daging kambing sampai empuk kemudian baru la masukkan kerisik, serai yang
diketuk serta daun limau purut. Perasakan garam dan gula melaka secukup rasa.
Akhir
sekali masukkan santan dan jika perlu, tambah sedikit air.. masak sampai air
kering dan naik minyak baru la masukkan daun kunyit.. masak sekejap.
No comments:
Post a Comment