DAGING
Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri
pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu,
kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan
manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri
daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil
haiwan maging atau karnivor.
PARU MASAK SAMBAL HITAM
BAHAN-BAHAN
300gm paru-yang telah direbus dan dipotong kecil
2 sudu besar sos tiram
kicap pekat secukupnya
gula
garam/perasa
lobak merah-dipotong baji
daun sup & daun bawang
cili merah/hijau dihiris
bawang merah-dipotong bulat
kacang pea
BAHAN DITUMBUK/KISAR
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili kering kisar
Sedikit air asam jawa
PROSES PENYEDIAAN
Tumis
bahan2 yang ditumbuk halus ditumis hingga naik bau.
Masukkan
cili giling dan tumis sampai pecah minyak
Masukkan
sos tiram dan kicap pekat. Tambah sedikit air.
Masukkan
paru. Boleh masuk lobak merah untuk empukkannya
Tambah
gula, garam dan perasa
Biar
kuah kering sedikit dan bolehlah masukan kacang pea, cili dan bawang merah yang
dipotong bulat.
Tutup
api dan campak daun sup dan bawang. Siap
No comments:
Post a Comment