AMBUYAT
Ambuyat merupakan sejenis
hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan
berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan
tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia
seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut.
Ambuyat dimakan dengan garpu
buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan
kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis.
Terdapat hidangan yang sama di
timur Indonesia dipanggil papeda.
Ambuyat merupakan
makanan tradisional masyarakat Melayu-Brunei di Sabah. Ambuyat dibuat daripada
sagu dan sagu tersebut diambil daripada bahagian batang pokok Rumbia atau
dipanggil Ampulung. Ambuyat mempunyai rupa bentuk seperti ubi kayu berwarna
putih dan berbentuk seperti gam.
Untuk makan
Ambuyat, biasanya menggunakan penyepit kayu (chopstik) atau dipanggil candas.
Selain itu, boleh juga menggunakan garpu dengan cara menggolekkan Ambuyat
tersebut disekitar candas atau garpu kemudian mencelupkannya ke dalam kuah atau
sos.
Pada kebiasaannya
Ambuyat dimakan semasa ianya masih panas dengan mencecahkannya ke dalam kuah
seperti kuah kari dan kuah ikan. Ambuyat juga biasa dimakan bersama dengan
hidangan lain seperti ubi kayu dan ulam-ulaman.
Selain daripada masyarakat Melayu-Brunei, Ambuyat juga merupakan
makanan tradisi bagi suku kaum Bajau, Dusun, Kadazan, Bisaya dan Murut di
Sabah.
AMBUYAT
BAHAN BAHAN MEMBUAT AMBUYAT
1 kg (6 cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air
PROSES PENYEDIAAN
Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.Bancuh
sagu dengan air panas yang baru mendidih.
Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan
likat
CARA ALTERNATIF
Tepung sagu dicampurkan dengan air
masak di atas kuali dengan api yang sederhana sehingga menjadi
likat dan jenih.
No comments:
Post a Comment