Tuesday, February 27, 2018

DAGING LANDAK MASAK RENDANG


LANDAK
Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.

Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.

Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.

Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

DAGING LANDAK MASAK RENDANG


BAHAN-BAHAN
1/2 kilo daging landak
cili kering mesin
1/2 st serbuk jintan manis
garam & gula secukup rasa
1 helai daun limau purut
cili  merah & cili hijau
1/2 labu bwg besar - hiris bulat
minyak utk menumis.

BAHAN DITUMBUK/KISAR
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 in lengkuas
1 in halia

PROSES PENYEDIAAN
Cuci daging dgn limau kasturi & garam. Bersih dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kering mesin serta serbuk jintan manis dan kacau hingga pecah minyak.

Masukkan daging dan tambahkan 3/4 cwn air. kacau dan tunggu hingga daging empuk.

masukkan daging tutup periuk dan biarkan berdesir selama 10 minit. Jgn terlalu lama sbb daging landak cepat lembut. Buka penutup periuk dan renihkan hingga kuah pekat.

Sebelum angkat masukkan cili hijau & cili merah, daun limau purut serta bwg besar.

No comments:

Post a Comment