Ayam
Lengkuas merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular
dikalangan kaum Bugis di Sabah terutamanya di Sandakan dan Tawau.
Ayam
Lengkuas yang juga disebut Ayam Masak Lengkuas merupakan salah satu hidangan
yang popular dikalangan masyarakat di Sabah terutamanya dari suku kaum Bugis
yang berada di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau.
Ayam
Lengkuas biasanya banyak dimasak dan dihidangkan ketika sambutan perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha. Selain itu ia juga biasa
dihidang ketika majlis perkahwinan dan kenduri.
RESEPI AYAM LENGKUAS
BAHAN-BAHAN
1
ekor ayam tua / kampung - potong 16
1.5kg
santan
500gm
lengkuas - racik halus atau blender (buang jusnya)
15
biji bawang merah*
10
biji bawang putih*
6
batang serai*
3
batang serai - ketuk
2
inc. halia*
2
biji bawang holland - belah 4
5
biji bawang merah - hiris
2
sudu makan serbuk lada putih
1
sudu makan serbuk kunyit
Air
asam jawa
Garam
Serbuk
perasa
PROSES PENYEDIAAN
Gaul
ayam bersama serbuk kunyit, asam jawa dan serbuk lada putih.
Blender
halus bahan bertanda '*'. Masukkan serai
yang diketuk, tumis hingga naik bau.
Masukkan
santan, bawang holland, bawang merah dan lengkuas, masak lagi hingga santan
sedikit pekat.
Jika
menggunakan ayam pencen atau ayam kampung, boleh masukkan sekali bersama
santan.
Sekiranya
guna ayam daging, masukkan kemudian ketika santan dan lengkuas telah pekat, ini
untuk mengelakkan ayam menjadi hancur.
Masak
menggunakan api sederhana dan perlu sentiasa di kacau.
Untuk
tahan lama, masak hingga kering dan
lengkuasnya menjadi seredak.
Masak
lengkuas akan mengeluarkan minyak lebihan apabila kita memasak hingga kering,
toskan minyak lebihan jika tidak suka.
Hidangkan
bersama burasak, tumbuk, ketupat atau lemang.
No comments:
Post a Comment