Sunday, February 25, 2018

MENTARANG MASAK LEMAK


Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang (Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah "Pholas orientalis"

Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut. Ia juga dianggap sebagai memiliki sifat perangsang seks.
BAHAN-BAHAN
  • 400 g Mentarang
  • Santan
  • 5 biji cili api tumbuk
  • 1 ulas bwg merah tumbuk
  • 1 inci kunyit hidup tumbuk halus
  • 1 asam keping
  • Gula
  • Garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Satukan santan dan bahan tumbuk
  • Masak dn api perlahan
  • Masukkan pepahat dan asam keping
  • Bila mendidih masuk garam gula

No comments:

Post a Comment