Sunday, February 25, 2018

HINAVA

HINAVA
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.

Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.

Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).


Hinava merupakan makanan tradisional penduduk di Sabah terutama sekali masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun yang mana ia merupakan antara makanan yang paling popular dan diminati. Hinava juga dikenali dengan nama Hinava Ginapan.


Hinava dibuat daripada isi ikan segar. Isi ikan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava adalah dari isi ikan Yu atau Tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan untuk membuat Hinava. ini termasuklah menggunakan sotong atau udang.

Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan. Ia juga menjadi hidangan yang istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun ketika sambutan Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan.
 HINAVA


Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava adalah seperti berikut :

01. Isi Ikan Segar
02. Biji Buah Bambangan
03. Lada Merah
04. Halia
05. Bawang Merah
06. Limau Nipis atau Limau Kasturi
07. Garam


Untuk menghidangnya, isi ikan segar tersebut akan dicampur menggunakan bahan-bahan diatas dan digaul-gaulkan. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana isi ikan tersebut akan masak melalui perahan limau nipis atau limau kasturi.



No comments:

Post a Comment