Wednesday, October 31, 2018

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur. Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.


RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
500 g ikan pari (dibersihkan)
10 biji bendi
1 biji tomato (dipotong 4)
1/2 cwn air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cwn air
3 sudu mkn minyak masak
Garam secukup rasa

BAHAN B (DIKISAR)
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit

CARA-CARANYA:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.

Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.

Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi, kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.

Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment