Kunyit (Curcuma
longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan
lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada
masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan
masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman
badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi
sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.
RESEPI
DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung panjang
bersaiz sederhana, hiris pada ketebalan 1.5 cm
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil belacan
(optional)
1 biji bawang besar,
hiris nipis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk ikan bilis
goring
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak, dan
tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili
kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering,
tambahkan sedikit air.
Masukkan terung dan
kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis.
Perasakan dengan gula
dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang. Hiaskan bersama daun
bawang.
No comments:
Post a Comment