Wednesday, October 31, 2018

RESEPI DAGING KAPRAU

Masakan Thai atau masakan Thailand mencakup makanan dan minuman serta cara memasak khas Thailand. Ciri khas masakan Thai adalah rasa pedas dan penuh bumbu, namun dipadu dengan keseimbangan rasa manis, asin, masam, dan pedas.

RESEPI DAGING KAPRAU
BAHAN-BAHAN:
250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (saya guna 1 kiub)
15 biji cili padi(diketuk lebam-lebam/ditumbuk kasar)
2 ulas bawang putih...saya tambah (dimayang nipis)
2 ulas bawang merah...saya tambah (dimayang nipis)
2 labu bawang besar...saya guna hanya 1 labu sahaja (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili Thai
anggaran 15-25 helai daun selasih

CARA-CARA MENYEDIAKAN
Perap daging yang telah dihiris bersama pes tomyam selama ½ jam.

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili api.

Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng.

Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan.

Kemudian masukkan bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan boleh lah dihidang.

No comments:

Post a Comment