Nasi goreng merupakan
makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan
lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan,
kecuali telur goreng.
RESEPI NASI GORENG CINA
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi putih
2 biji telur
isi ayam, hiris nipis
isi udang
sayur campur (karot,
kacang pis, isi jagung)
lada sulah
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil minyak
bijan
sedikit minyak untuk
menumis
BAHAN TUMBUK KASAR
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Bahan untuk hiasan:
bawang goreng
hirisan daun bawang
hirisan cili
timun
sambal belacan
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak dan
masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan isi ayam dan
kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
Kais sedikit
bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit
supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur
berketul-ketul.
Masukkan pula kiub
ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
Masukkan nasi putih
dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
Perasakan dengan
garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub ayam sudah
masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.
No comments:
Post a Comment