Nasi goreng
merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan
ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk
tambahan, kecuali telur goreng. Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan
Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang
makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan
makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan
dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek
ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.
RESEPI NASI
GORENG TOMYAM
BAHAN BAHAN
2 mangkuk nasi
2 biji telor
1/2 labu bawang besar
- dihiris
2 ulas bawang
putih-dihiris
1 1/2 sudu besar pes
tomyam
Sedikit kobis dan
sawi-dipotong2
5 biji cili padi -
diketuk
1- 2 helai daun limau
purut - hiris halus
1 batang
serai-dihiris halus
1 sudu besar sos
ikan-ni optional
sedikit hirisan
lengkuas
10 ekor udang
Minyak masak
secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di
dalam kuali Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
Masukkan bawang, serai, lengkuas
dan cili padi . Goreng hingga wangi.
Masukkan udang , pes tomyam dan
sos ikan. Kacau hingga udang masak. Masukkan sayuran, daun limau purut dan
kacau rata.
Masukkan nasi dan kacau balik
hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
Kacau hingga nasi berasap dan
naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan taburan bawang
goreng.
No comments:
Post a Comment