Wednesday, October 31, 2018

RESEPI PAU INTI KELAPA GEBU

Pau juga dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan.Bagi mengenalpasti jenis-jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas, yang dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku.

RESEPI PAU INTI KELAPA GEBU
BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)

BAHAN DILARUTKAN BERSAMA:
1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak masak
2 1/4 cwn air
11 gm yis
1 sudu  makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

INTI PILIHAN ANDA - INTI KELAPA
Gula merah - anggaran 1 1/2 cawan
Kelapa parut (kelapa muda lebih baik)
Sedikit air
1 helai daun pandan - diikat


PROSES PENYEDIAAN
(Masak semua bahan inti kelapa di atas di dalam periuk dan kacaukan hingga mendidih dan kering. Jika kurang manis boleh tambah sedikit gula pasir.)

CARA MENYEDIAKAN PAU INTI KELAPA GEBU IDAMAN KALBU
Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan baking powder.

Kacau bahan diatas (bahan yang dilarutkan bersama) hingga gula larut.

Tuangkan sikit-sikit ke dalam tepung hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.

Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti kelapa pilihan anda, kemaskan dan alaskan dengan plastik/ kertas minyak yang di potong kecil. Susun dalam loyang dan jarak-jarakkan sedikit.

Biar hingga doh naik 1 kali ganda (jangan terlalu naik, lebih kurang dah penuh 2 loyang pengukus, bolehkah mula mengukus)

Kukus 7-10 minit (kukus 7 minit pun boleh)

Balut tudung pengukus dengan kain atau tuala bersih. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau.

Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan. Pastikan air betul-betul mendidih bila hendak mengukus kuih pau.

Kita digalakkan balut penutup kukus dengan kain supaya air tak menitis di permukaan kuih. Kuih pau inti kelapa anda akan licin permukaannya.


No comments:

Post a Comment