Friday, November 02, 2018

RESEPI NASI GORENG TOM YAM

Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng.


RESEPI NASI GORENG TOM YAM
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk nasi goreng:
3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
1 biji telur
2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
7-10 ekor udang,dan bersihkan
2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
2 batang serai, hiris nipis
3 helai daun limau purut, carik-carikkan
2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
sayur kobis, potong kecil
karot, potong dadu kecil
2-3 helai sawi, hiris nipis

BAHAN UNTUK TUMBUK KASAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
Bahan untuk hiasan tambahan:
keropok goreng
telur goreng mata

CARA PENYEDIAAN:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.

Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.


Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment