Kuih (juga dieja
Indonesia: kue, Hokkian: kueh atau kway; dari Hokkien: 粿 KUA) adalah
makanan ringan menggigit bersaiz kecil atau makanan pencuci mulut yang biasa ditemui
di Indonesia, Malaysia, Singapura dan ada beberapa dari China Selatan iaitu
dari wilayah Fujian dan Canton, juga di Belanda melalui zaman penjajahan di
Indonesia.
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 cawan gula pasir
- 4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
- 1/4 sudu teh garam
- Sedikit pewarna merah dan perisa ros
CARA MENYEDIAKAN
KUIH LAPIS SUKATAN CAWAN
- Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
- Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
- Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
- Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Boleh dihidangkan..
No comments:
Post a Comment