Friday, December 08, 2017

AYAM MASAK SAMBAL TAUCU

AYAM PEDAGING
Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.

Ayam pedaging juga dipelihara hingga matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah satu haiwan ternakan yang paling umum

RESEPI AYAM MASAK TAUCU


BAHAN BAHAN
500gm ayam
1 ketul halia diketuk
5 batang serai dititik
1 ketul lengkuas diketuk
Bawang besar -Hiris
5 helai daun limau purut

BAHAN KISAR
2 genggam cili api api
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
sedikit belacan

CARA PENYEDIAAN
Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan harum dan hingga kekuningan.

Masukan daging ayam yang telah dipotong potong dan digoreng tidak terlalu garing.

masukkann taucu yang telah dicuci bersih, air asam jawa,garam dan gula dan bawang besar dan daun limau purut..biarkan sekejap.. tambah air jika perlu.

No comments:

Post a Comment