UDANG
Udang
ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order
Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang
berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang
(oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"),
manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata
ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam,
dan sebagainya.
Udang
boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air
masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di
Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang
hanya untuk di eksport.
UDANG MASAK KARI
BAHAN-BAHAN
400gm udang kertas / Udang laut
buka kulit
1 biji nenas saiz sederhana -
dibersih dan dipotong kecil
2 cawan pati santan- boleh tambah
1 cawan santan cair
1 peket rempah kari udang - cap
Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis - 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 sudu besar kerisik
Garam dan air asam jawa secukup
rasa
PROSES MASAK
Bersihkan udang dan buah nenas
kemudian kupas semua bawang , halia dan dimayang halus . Panaskan minyak
secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari ,
bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi .
Bancuhkan rempah kari dengan
sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari
dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika rempah
nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak .
Kemudian masukkan semua santan
dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan
air asam jawa secukup rasa , kerisi secukupnya , semua buah nenas dan kacau .
Bila nenas dah nampak layu serta masak boleh dimasukkan semua udang dan terus
kacau . Masukkan garam / gula secukup rasa dan biarkan udang masak baru la
ditutup api dapur . Jangan masak terlalu lama nanti udang terover masak serta
menjadi liat .
No comments:
Post a Comment