MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang
mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini
terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei
dan Singapura.
Masak lemak ialah
sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini
merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan
dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah
pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam
masakan.
RESEPI MASAK LEMAK IKAN
MASIN NENAS
BAHAN BAHAN
300 gram ikan
talang masin - dipotong nipis
200 gram nanas -
potong dadu
1/2 kg santan -
gunakan 600ml (400ml santan cair & 200ml santan pekat)
1 batang serai -
dititik
serbuk kunyit
secukupnya
garam / gula
secukup rasa
BAHAN KISAR
10 biji cili padi
1 labu bawang besar
PROSES MASAK
Masukkan santan
cair ke dalam periuk, campurkan serai, serbuk kunyit serta semua bahan tumbuk.
Masukkan ikan masin
dan kepingan nanas. Didihkan sehingga nanas layu.
Tuangkan santan
pekat, garam dan gula. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
Kuah hendahlah
sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.
No comments:
Post a Comment