Masakan
Minangkabau atau masakan Padang merujuk kepada makanan orang Minangkabau di
Indonesia. Nama Padang diberi kerana kota Padang adalah pusat budaya suku
Minangkabau. Masakan Minangkabau adalah di kalangan makanan yang termasyhur di
sepanjang kepulauan Melayu. Minangkabau perantauan membuka kedai makan Padang,
terutamanya di bandar-bandar besar Indonesia. Salah satu dari rantai kedai
makan tradisional paling berjaya di Indonesia telah dimajukan oleh orang
Minangkabau.
1 ekor
ayam - buangkan kulit dan potong kecil
5 helai
daun limau purut
2 batang
serai -ketukkan
2 cawan
santan
10 biji
ciliapi
2 biji
tomato – Belah 4
1 keping
asam keping
3 s/b
minyak
garam
BAHAN-BAHAN KISAR
15 biji
cili api
10 tangkai
cili kering
1 inci
halia
1 inci
lengkuas
1/2 inci
kunyit hidup
10 ulas
bawang merah
4 ulas
bawang putih
3 biji
buah keras
PROSES MASAK
Panaskan
minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk. Bila dah naik minyak
masukkan ayam dan biarkan sekejap.
Masukkan
santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
Biarkan
reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak dan pekat.
No comments:
Post a Comment