Sunday, December 03, 2017

RESEPI IKAN TALANG KERING GORENG CILI BAWANG

IKAN KERING
Ikan kering merujuk kepada cara pengawetan ikan dengan merendamnya dalam air garam dan mengeringkannya. Ia merangkumi kesemua jenis ikan yang diproses dengan cara sebegini. Ikan kering boleh dikeringkan dengan cara dijemur pada panas matahari atau melalui di salai di atas api yang perlahan.
Ikan kering biasanya banyak dijual dan dimakan semasa musim tengkujuh, apabila para nelayan tidak dapat pergi menangkap ikan di laut kerana ombak besar.

RESEPI IKAN TALANG KERING GORENG CILI BAWANG

BAHAN BAHAN
Minyak untuk menggoreng
4 ketul ikan talang kering (di potong kiub-kiub kecil)
4 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
10 biji cili kering (dihiris halus)
10 biji cili padi

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali (tidak terlalu banyak kerana minyak tersebut akan digunakan sepenuhnya dalam gorengan ini).

Goreng Ikan talang kering sehingga masak dan angkat. Dengan minyak yang sama, goreng cili kering sehingga hampir garing.

Seterusnya masukkan bawang dan goreng sehingga hampir layu.


Masukkan semula ikan kering yang telah digoreng awal tadi. Kacau supaya semua nya bercampur dan seterusnya boleh lah diangkat.

No comments:

Post a Comment