Saturday, December 09, 2017

RESEPI AYAM MASAK BERLADA

AYAM PEDAGING
Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.

Ayam pedaging juga dipelihara hingga matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah satu haiwan ternakan yang paling umum

RESEPI AYAM MASAK BERLADA
BAHAN BAHAN

300gm Ayam digaul garam kunyit 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
20 biji chili padi
5 tangkai cili hijau besar
1 cm halia
Air asam jawa
1 senduk kecil cili kering kisar
Garam dan gula
Minyak memasak

PROSES PENYEDIAAN
Goreng dulu ayam. Dalam masa yang sama, potong halia, bawang besar, bawang putih dan cili hjiau bersama cili  padi. semua bahan ini di tumbuk kasar sedikit.

Gunakan sesikit minyak goreng ayam tadi untuk tumis bahan kisar. Time tumis, masukkan sekali dengan cili kisar / cili boh. Tumis sampai masak / pecah minyak.

Masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula. Kemudian rasalah sikit sampai dapat rasa yang diingini, kemudian masukkan ayam goreng yang ditos tadi. Kacau-kacau sikit, siap untuk dinikmati

No comments:

Post a Comment