KARI
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai
hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia,
Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia
Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah
satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia".
Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India
pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika
Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
KARI DAGING LEMBU
BERKRISIK
BAHAN BAHAN
600g daging batang pinang - hiris
nipis
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
2 biji kentang - belah 4
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 pelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 bunga lawang
BAHAN KISAR
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis
bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga
wangi. Masukkan rempah kari dan daun kari, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging, gaul hingga keluar
air daging. Masak lagi hingga air daging agak kering. Masukkan kentang, santan
cair dan santan pekat. Masak hingga daging empuk. Jika kurang kuahnya, boleh
tambah air lagi.
Masukkan kerisik, garam dan sedikit
serbuk perasa. Masak hingga kuah agak likat. Tutup api. Sedia untuk
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment