MEE
Mi
[atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang
dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak
dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan
kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal
daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "麪" kerana makanan ini juga
berasal dari China.
Catatan pertama mengenai mi
dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005, mi
tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia)
sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu
kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.
RESEPI MEE UDANG
BAHAN BAHAN
1/2 bungkus mee
300 gm udang
sedikit sawi & kobis
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu udang kering
13 tangkai cili kering
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
garam
PROSES PENYEDIAAN
mee dicelur dan toskan dan udang
buang kulit dan rebus kulit udang untuk dapatkan rasa air rebusan
Tumiskan bahan kisar hingga pecah
minyak dan naik bau selepas tu masukkan udang, sayuran sawi dan kobis dan air
rebusan udang.masukkan semua sos.. masukkan garam
No comments:
Post a Comment