Monday, December 04, 2017

RESEPI TELUR MASAK KICAP

Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.

RESEPI TELUR MASAK KICAP
BAHAN BAHAN
5 biji telur ayam - digoreng mata lembu
10 biji cili api - biar sebiji-sebiji
1 biji tomato - dibelah 4
1/2 batang carrot - dihiris kecil memanjang
3 batang lada merah - dipotong 4
1 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
air asam jawa secukupnya
gula secukup rasa
kicap masin secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar, bawang kecil dan cili merah hingga layu.

Masukkan kicap, air asam jawa dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur diikuti cili api dan carrot. Kacau lagi.

Masukkan tomato, kacau sebati. Biarkan seketika di atas api, bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan panas.

No comments:

Post a Comment