Monday, December 04, 2017

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Daging lembu (Bahasa Inggeris: beef) adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh, daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.

Selain itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.

RESEPI DAGING MASAK HITAM
BAHAN BAHAN
500 gram daging - potong dan rebus terlebih dahulu, ketepikan
2-3 senduk kecil cili kisar
250 gram bawang merah - dihiris, digoreng dan dikisar
kicap masin
kicap manis
minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan bawang goreng kisar dan kacau sebati.

Bila bahan-bahan tadi telah mesra, masukkan kicap masin dan kicap manis secukupnya. Diikuti dengan daging dan air rebusannya.  Masak hingga daging empuk dan mesra dengan bahan-bahan lain.

Rasakan masin dan manisnya dengan kicap sahaja.

No comments:

Post a Comment