Kicap ialah penyedap makanan yang
berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas
pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun
ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang
umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek
padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
RESEPI UDANG KICAP SOS CHILI
BAHAN BAHAN
500 gm udang laut saiz besar disiang
dan cuci bersih
10 biji cili api dititik
3 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit lada putih ditumbuk
sedikit kicap masin
sedikit kicap manis
sedikit sos tomato
sedikit sos tiram
sedikit sos cili - sekiranya tidak
menggunakan cili api
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
PROSES PENYEDIAAN
Lumurkan udang dengan serbuk kunyit
dan garam. Goreng hingga kulit udang kemerah-merahan.
Dengan menggunakan minyak gorengan
udang tadi (kalau banyak sila kurangkan), tumislah bawang putih dan lada putih
hingga naik bau.
Masukkan kicap masin, kicap manis,
sos tomato, sos cili dan sos tiram serba sedikit. Kacau sebati.
Masukkan udang yang telah digoreng
tadi, gaul dengan mesra. Biarkan di atas api seketika. Bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment