Tuesday, December 05, 2017

RESEPI SAMBAL SARDIN

SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL SARDIN
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1 tin sardin Marina ditoskan kuah sosnya
2batang serai dititik
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

BAHAN KISAR
5 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
lada kering dikisar banyak ikut suka
3 keping asam keping
sedikit belacan dikisar

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan-bahan kisar bersama asam keping. Asam keping ini seelok-eloknya hendaklah direndam dulu.

Bila bahan tumisan telah pecah minyak, masukkan sardin yang telah ditoskan sosnya tadi.



Kacau sebati dan rasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Masak hingga sardin dan sambal mesra.

No comments:

Post a Comment