Rendang adalah masakan tradisional
Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu,[perlu
rujukan] bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini
disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan
kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan
lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut,
ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging
lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa
dagingnya yang lembut dan sedap.
Rendang amat popular dan disajikan
sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun
disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis
berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya.
Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera
Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok
pula terkenal di Negeri Perak
RESEPI RENDANG TOK
BAHAN BAHAN
600 gm daging
3 sudu makan ketumbar-dikisar
3 sudu makan jintan manis-ditumbuk
halus
3 sudu makan jintan putih-digoreng
tanpa minyak
2 sudu makan lada hitam-dikisar
3 kuntum bunga lawang
11 kuntum bunga cengkih
2 batang serai-diketuk
250 gm gula melaka
1 biji kelapa-ambil santan
250 gm kerisik
1/2 biji isi kelapa-dihiris nipis dan
digoreng
sedikit daun kunyit
minyak secukupnya
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
PROSES PENYEDIAAN
Potong daging besar besar dan
bersihkan. Tos dan ketepikan. Ambil
santan kelapa sebanyak 2 mangkuk besar.
Panaskan kuali,tumis bahan bahan
kisar sehingga naik bau. Kemudian,masukkan santan,bunga cengkih,bunga
lawang,isi kelapa yang telah dihiris dan digoreng beserta daging.
Biarkan mendidih,masukkan gula melaka
dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat,masukkan kerisik
dan kacau sebati, biarkan kuah kering.
Akhir sekali,masukkan jintan manis
dan jintan putih. Hidangkan bersama hirisan daun kunyit.
No comments:
Post a Comment