Sunday, December 03, 2017

RESEPI ASAM PEDAS IKAN SEBELAH

ASAM PEDAS
Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur

RESEPI ASAM PEDAS IKAN SEBELAH
 
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1kg  Ikan sebelah
Sayur Bendi
Sedikit Daun Kesum
Semangkuk air asam jawa
Sedikit halia-dihiris
Garam secukup rasa
Secubit gula

BAHAN KISAR
10 biji Bawang Merah Kecik
5 ulas Bawang Putih
1 inci Kunyit Hidup
1 genggam Cili Kering

PROSES MASAK
Tumis halia diikuti bahan kisar sampai betul2 garing dan naik minyak

Masukkan semangkuk air asam jawa..pastu tunggu sampai kuah mendidih

Bila dah mendidih, masukkan ikan & bendi/terung (pastikan ikan dan  sayur tenggelam dlm kuah, kalau tidak  tenggelam tambahla air lagi...biarkan api sederhana besar sampai kuah mendidih

Bila dah mendidih, kecikkan api, masukkan daun kesum/limau purut, garam dan  secubit gula


Biarkan api maintain kecik dalam 10 minit, cuba rasa.. kalau ada yg kurang tambahla apa apa yg patut  Tutup api, dan bolehlah dihidangkan panas

No comments:

Post a Comment