Gulai ialah masakan bersantan yang
mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api,
kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar
Negeri Sembilan.
Gulai berasal daripada Sumatera,
Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan
Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.
Kini terdapat beberapa variasi
masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh
di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut
menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh
daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing
yang tidak tahan pedas.
RESEPI GULAI KUNING IKAN MERAH
500 gram ikan alu alu dipotong-potong
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan santan pekat
1 batang timun saiz besar dipotong
ikut suka
10 biji lada hijau muda dibiarkan sebiji-sebiji
5 keping asam
garam
BAHAN KISAR
5 tangkai cili kering
7 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak dan tumis
bahan-bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan garam dan gula
secukupnya dan gaul sebati.
Tambahkan dengan potongan ikan dan
gaul sebati, masukkan air paras-paras ikan. Masak hingga kuah mendidih. Tambahkan
santan pekat dan kacau lagi. Sekiranya kuah pekat boleh tambah sedikit air
lagi.
Kacau sekejap-sekejap hingga kuah
mendidih. Tambahkan dengan potongan timun dan cili hijau muda. Biarkan di atas
api sebentar dan bolehlah dihidang.
No comments:
Post a Comment