Monday, December 04, 2017

RESEPI CENDAWAN GORENG CILI API

CENDAWAN
Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.

RESEPI CENDAWAN GORENG CILI API
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
200 g cendawan tiram putih - dibersihkan dan dihiris
10 - 15 biji cili api hijau  / merah
3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil sos tiram
sedikit garam
1 sudu kecil gula
sedikit air asam jawa


PROSES MASAK
Tumbuk lumat bawang putih, kunyit, cili api dan ikan bilis.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.

Masukkan cendawan dan sos tiram. Gaulkan sebati.  Masukkan bahan-bahan selebihnya dan tumis lagi hingga airnya kering. 

Setelah itu, angkat dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment