Sotong
ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300
spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang
biasanya lebih panjang.
RESEPI SOTONG
BERKUAH TELUR
600gm
sotong | potong kecil
2 biji
telur
1 labu
bawang besar/holland | hiris
2cm halia
| hiris halus memanjang
1 sudu
kecil serbuk kunyit
2 tankai
serai| titik
1/2 -1
cawan air
Garam dan
gula secukup rasa
Minyak
masak untuk menumis
BAHAN KISAR
5 biji
bawang merah
4 ulas
bawang putih
4 tangkai
cili besar
PROSES MASAK
Tumiskan
bawang besar halia dan serai, biarkan seketika.Masukkan pula bahan yang
ditumbuk sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan serbuk kunyit dan sedikit gula.Kacau
rata.
Masukkan
air dan biarkan mendidih.Kemudian barulah masukkan sotong.Kacau rata dan tutup
kuali dalam masa 2-3 minit sahaja.(jangan masak sotong terlalu lama kerana ia
akan liat)
Masukkan
garam, sebatikan dan kacau rata.Kemudian pecahkan telur.Kacau sebenta sekadarnya.
Taburkan lebihan hirisan bawang besar/cili merah.Tutup api.
No comments:
Post a Comment