NASI GORENG
Nasi goreng
merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan
ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk
tambahan, kecuali telur goreng.
Nasi goreng
dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan
makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut
digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa
kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis,
udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran
terutamanya sayur campur.
RESEPI NASI GORENG
UDANG
BAHAN BAHAN
2 cawan nasi (utk 2
orang)
3 biji cili besar
merah - potong halus
1 biji bawang besar
- di mayang
3 ulas bawang putih
- di cincang
10 ekor udang (5
ekor sorang)
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Goreng udang hingga
kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih
hingga kekuningan, masukkan cili dan bawang besar.
Tumis hingga layu,
perasakan dgn garam. Masukkan nasi, kacau rata. Akhir sekali, masukan udang yang
dah digoreng tadi. Dah pun siap
No comments:
Post a Comment