UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang
hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun
kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari
segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro =
"pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus
berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri
daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam
air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak
secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di
Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport
RESEPI UDANG TUMIS BERCILI
BAHAN BAHAN
500 gram udang laut - buka kulit
18 biji cili api
1 inci halia
1 batang serai dititik
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 biji cili hijau
5 sudu besar taucu
1 cawan minyak masak
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa
sedikit air asam jawa
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang buka kulit dan
tinggalkan bahagian ekornya.
Tumbuk cili api, bawang merah,
bawang putih dan sedikit belacan.Manakalah serai dan halia pula cukup hanya
diketuk
Potong buah tomato, bawang besar
dan cili hijau ikut suka
Panaskan minyak dan masukkan
udang. goreng sehingga sparuh masak.. selepas itu masukkan pula bahan
nahan yang telah ditumbuk dan tumiskan sehingga kekuningan..
masukkan pula taucu.air asam
jawa,garam dan serbuk perasa dan sedikit gula.akhir sekali masukkan cili
hijau, bawang besar dan tomatosedia untuk dihidang..
No comments:
Post a Comment